Madrasah Tahfiz AL-Hirah
Madrasah Tahfiz AL-Hirah

Visi, Misi & Objektif

Pendidikan berteraskan Al-Quran untuk melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran.

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

(Surah Al-Alaq, 96:1-5)

Visi

Menjadi institusi pendidikan unggul yang melahirkan pelajar berkemampuan tinggi bermula dengan penguasaan hafazan Al-Quran dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, bersedia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Misi

Mendidik pelajar sesuai dengan potensi intelektual dan tahap kemampuan bagi melahirkan insan yang berdikari serta mampu meneruskan pengajian dalam bidang pilihan masing-masing ke peringkat tertinggi.

Hala tuju jelas dalam setiap perancangan pendidikan kami.

1

Menyediakan alternatif pendidikan berkualiti untuk pelajar di luar sistem arus perdana

2

Menawarkan pendidikan berteraskan Al-Quran sebagai pilihan utama masyarakat

3

Melahirkan kader ilmuan profesional yang memenuhi keperluan semasa

4

Memberi peluang kedua kepada lepasan tahfiz untuk melanjutkan pelajaran

5

Memartabatkan Al-Quran sebagai teras pembangunan insan

Apa yang membezakan pendidikan di madrasah kami.

Pendidikan Berteraskan Al-Quran

Kurikulum integratif yang menggabungkan pengajian Al-Quran dengan ilmu kontemporari, menjadikan kitab suci sebagai asas semua disiplin ilmu.

Pendidikan Berorientasikan Pelajar

Pendekatan pengajaran yang menekankan perkembangan individu sesuai dengan kecerdasan dan minat setiap pelajar.

Peluang Pendidikan Inklusif

Menyediakan ruang pembelajaran untuk semua termasuk pelajar yang memerlukan pendekatan pendidikan alternatif.

Kami mengalu-alukan kunjungan ibu bapa dan pihak yang berminat untuk melihat sendiri suasana pembelajaran di madrasah.

Alamat Surat-menyurat

Telefon

Email

admin@matah.edu.my

Daftar Pelajar Baru