MATLAMAT

Melahirkan golongan hafiz yang berkelayakan profesional serta menguasai teraju kepentingan agama, bangsa dan negara di masa hadapan. Melahirkan golongan hafiz profesional yang menguasai Hablu Minallah dan Hablu Minannas seperti tuntutan al-Quran. Melahirkan golongan profesional yang mampu menggarap Islam sebagai sau sistem praktikal untuk menyelesaikan seluruh persoalan kehidupan insan melalui kajian dan analisis saintifik secara profesional yang membuka hati nurani manusia dan alam untuk berkasih sayang dan keamanan alam sejagat.