PROFIL

Matlamat

Melahirkan golongan hafiz yang berkelayakan professional serta menguasai teraju kepentingan agama, bangsa dan negara di masa hadapan. Melahirkan golongan hafiz profesional yang menguasai Hablu Minallah dan Hablu Minannas seperti tuntutan AL-Quran. Melahirkan golongan profesional yang mampu menggarap Islam sebagai satu system praktikal untuk menyelesaikan seluruh persoalan kehidupan insane melalui kajian dan analisis saintifik secara profesional yang membuka hati nurani manusia dan alam untuk berkasih sayang dan keamanan alam sejagat.

Membangunkan modal Insan yang cemerlang, sepadu dan seimbang yang berkeupayaan menjadi pemimpin di dalam bidang profesional, agama dan bangsa.. Melaksanakan program pendidikan yang cekap dan berkesan bagi menjadikan MATAH pilihan utama masyarakat.

Melahirkan Huffaz yang menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa melalui pendidikan yang sisitematik dan berkualiti serta institusi pendidikan berteraskan al-Quran dan Sunnah yang terkemuka di Malaysia dalam melahirkan modal insan cemerlang.